Tuesday, May 17, 2016

Sunday, May 1, 2016

RHB Shimano Lekas Challenge 2016

Banyak benda positif yg boleh diperkatakan pasal RHB Shimano LEKAS Highway Challenge 2016 malam tadi.....
1. Ni kali ke-3 Shimano anjurkan Lekas Challenge..as expected, smooth mcm dua kali tg lepas jugak.
2. Ride tahun ni malam....sejuk, takde problem dehydration...angin malam sepoi2 mmg best.
3. Condition LEKAS Highway pun terbaik....jalan rata, takde lubang, takde masalah gangguan trafik...terrain kombinasi flat road dgn long climbing section...permukaan jalan yg rata membuatkan descending jadi lebih confident...smlm buat pertama kali aku cecah 67km/h speed...takde rasa risau...highway pun well lighted....lampu sepanjang jalan...
4. Water station superb! Air melimpah ruah, 100plus, air sejuk berlambak, pisang jenuh nk makan....dan yg paling best, first time aku jumpa event yg kasi powergel kat water station....boleh ambik camtu je...klu nk beli brp ringgit dah tu....
5. Goodie bags penuh dgn 'goodie'. Megazine, powerbar, bidon (botol air), voucher starbuck, kenny rodgers etc..
6. Registration, racekit collection smooth....everything well prepared.
7. Marshall...sepanjang jalan ada...ramai volunteers 
8. Suasana event...meriah....boleh nampak blinker kelip2 sejauh mata memandang....penuh sepanjang highway.....kat starting point pun lagu2, MC, stage cantik, cameraman banyak...bike rack pun disediakan....
9. The best part, after race refreshment....terbaik! Satay Kajang, coconut milkshake, buah2an, massage, minuman yg ambik selagi mahu...muffin kenny rodgers...starbuck pun ada...tapi kena beli...harga diskaun guna voucher dlm goodie bag yg diorg kasi....
10. Lucky draw...err tatau sgt sbb aku tak tunggu...terus balik....
Kesimpulan, event ni mmg event ride terbaik di Malaysia....aku mmg look forward utk tahun depan punya. Semalam, ride 105km terbaik aku pernah buat rasanya...3jam 15minit (on strava)...dibantu faktor malam (sejuk), byk peloton yg aku boleh drafting sepanjang jalan, road condition yg baik, descending yg laju...
Thanks Shimano!

Thursday, April 28, 2016

Salam semua,
Saja nk kongsi......pagi Ahad lepas (11.10.2015), kira2 jam 4.15 pagi, KeTaM kesayangan aku telah dicurik di dalam kawasan rumah aku di Wangsa Melawati. Moto di parking di bawah porch, dikunci handle dan juga dipasang disc lock. Pencuri (tak pasti berapa ramai) telah membengkokkan pintu pagar (autogate jenis 'arm') dan dapat membuat ruang lebih kurang 2 kaki lebar, muat2 utk moto lepas. Aktiviti pencuri didengari oleh mak mertua yg kebetulan tido dekat dengan ruang tamu rumah, tetapi tidak sempat berbuat apa2 kerana pencuri sudah pun berjaya mengeluarkan moto. Sebaik lampu porch dinyalakan, si pencuri terus start moto (tatau apa kaedah dia pakai) dah memecut dengan laju. Bunyik moto telah mengejutkan aku yg sedang tido di tingkat atas. Disc lock dijumpai kira2 20m dari pagar rumah, di atas jalan. Laporan polis telah di buat.
Tujuan aku berkongsi cerita ni supaya semua rakan2 berhati2. Pencuri sekarang makin aktif.
Sekiranya ada yang ternampak moto ini, harap dapat laporkan kepada polis. Walaupun peluang untuk menjumpai semula moto kesayangan aku ini tipis, tapi tuhan itu maha berkuasa. Manalah tahu.....
Kepada si pencuri, hentikan lah kerja2 menganiaya orang macam ni. Aku cuma berdoa agar dibukakan hati dia supaya bertaubat. 
"Sapa cuti moto aku ni, aku sumpah dia mati pucuk, supaya tiada lagi zuriat2 jahat seperti ini di muka bum" - kalau lah aku boleh sumpah orang...hehehe...






Chiow.


Obstructive Sleep Apnea (OSA)

Hangpa dengaq betui-betui apa doktor dalam video ni habaq....


Dulu aku salah sorang yg suffer OSA (obstructive sleep apnea) ni. Asalnya tak sedar pun psl benda ni. Tak tahu pun apa benda. Mula-mula ingat sekadar benda normal. Dulu masa kat company lama memang aku selalu tertido kat opis. Tengah2 menaip pun boleh tertido. Pernah kena tegur dengan HR manager, pernah ada orang report. Dah tentu-tentu effect performance appraisal. Every morning, bangun pagi kepala 'weng' berdenyut-denyut, macam migrain. Tido lah 10 jam pun, tetap kepala berdenyut bila bangun.

Dulu aku selalu mengantuk bila drive. Even drive dari KL ke Seremban pun, selalu kena stop kat RnR Nilai sbb mengantuk. KL-Seremban dekat je kot...hahaha....Tido kat trafik light, kena hon dengan keta belakang tu perkara biasa. Terlajak, tersasar destinasi pun biasa berlaku. Tapi tu lah, masa tu tak tahu psl sleep apnea ni....

Then, sampailah satu hari, bila bos lama aku dulu, maybe dia dah tak tahan dengan masalah tido dlm opis aku ni, dia suggest.."Farid, why not you pergi buat medical check-up. Maybe masalah tido you ni is medical related"....pastu esoknya dia kasi aku satu print-out artical psl "Narcolepsy", salah satu sleeping disorder punya penyakit gak la. Dari situ baru la sedar, maybe betul. So, aku pun pegi la jumpa pakar ENT kat satu hospital ni. Buat scope masuk hidung, pastu Doc pun bagitau yg aku mmg ada OSA ni cuma tatau how severe. Dia pun suggest aku buat sleep study. Dia kasi lah contact person. Sleep study ni buat kat umah. Analyst datang rumah mlm masa nk tido, dia pasangkan segala jenis sensor/wire kat badan pastu satu data recoder kat dada. Esok pagi awal2 pagi dia datang collect balik. Sleep study ni diorg nk tgk pattern berapa kerap kita berhenti bernafas dalam tido disebabkan airway blockage tadi. Dapat result, diorg pass balik kat pakar ENT.

Dari analysis tu, doc cakap yg OSA aku ni agak above average. So ada 3 option: 
  1. Option paling murah, kuruskan badan. bila kurus , tonsil pun akan kurang gelebeh. Tonsil yg besar gelebeh ni la punca block udara masuk bila tidur. 
  2. Beli mesin CPAP yg harga 4-5ribu. pastu kena bwk ke mana2 bila tidur.leceh. mesin tu akan blow oksigen masa tidur. 
  3. Operation, kecikkan tonsil...yg ni mahal... 
Lepas tu, dalam dok pikir-pikir tu, aku try jumpa doc yg lain pulak. Reason sbb, doc yg mula tadi mcm cenderung nak suruh aku beli mesin CPAP, aku malasla beli benda tu yg tak boleh guarantee akan settle problem dan terpaksa bergantung hidup dengan mesin tu nanti...doc yg kedua yg aku jumpa ni bila aku citer balik pasal sleep study semua, dia suruh buat CT Scan plak..dia ckp lubang hidung pun ada 'tersumbat' sebb ada mcm dinding yg dah ada infection dan mengembang.. pastu sinus pun ada infection, and dia suggest buat treatment "radiotheraphy" klu tak silap utk kecikkan dinding tu so that lubang hidung besar sikit la. Disebabkan kos ditanggung company, aku setujulah buat operation tu. Ok la, lepas operate, mmg boleh la rasa byk sikit udara masuk bila bernafas. Tapi still masih ada pening2 kepala setiap kali bangun tido. Then, aku decide aku kena kuruskan sikit badan. Maka bermulalah perjalanan menguruskan badan sedikit demi sedikit. Sekarang, aku rasa better...bangun pagi lebih segar, kurang rasa letih dan mengantuk.

Tu je lah citer, panjang plak...hehehe...btw, turning point dan kesedaran pasal sleep apnea aku ni tercetus sebab my ex-Boss, Mrs. Lili Aizah . Thank you so much Boss. Really appreciate you help.

Chiow.

Hati - Hati Amir Othman Ukulele Cover

hahaha.....lama betul aku tak update blog ni....saja nak 'renew lesen' so, aku post la satu video yang aku klasifikasikan sebagai percubaan berani mati. Tapi, apa la nak kisah sangant dengan cakap-cakap orang ni. Peduli kan...janji hati terhibur....heheheh....terimalah...Hati-hati....
hehehe.....chiow dulu

Monday, June 23, 2014

Duke Balik Kampung


Buat julung kalinya aku bawak balik Duke aku ke Kg Lahar Yooi, Seberang Perai, Pulau Pinang. Ni pun sebab ada member nak ride ke Penang, so aku pun ikut lah sekali...nak ride sorang-sorang cam risau takut moto rosak ke apa ker...Excited gak la aku rasa sebab nak jugak 'feel' camna bawak moto ni jalan jauh...esp ikut highway.. Dukeni paling  jauh pernah jalan pun gi Temerloh dulu, tu pun guna jalan kampung. Jalan kampung takpe sebab enjin tak perlu menten lama at high rpm....gegar pun tak terasa sangat. 
RV di Petronas RnR Rawang kol 7.30pagi. Ada 5 bijik moto semua sekali, F800GS, Er6f, Duke690, Bonneville dan RT1200. Tapi yang sorang memang datang untuk RV jer, sekadar nak panaskan enjin Bonneville dia, pastu dia balik ke KL balik. So, ada 4 bijik moto yang ride sampai Ipoh sebab nak breakfast di capati Medan Ipoh. Sebelum sampai Ipoh, singgah isi minyak siap-siap kat RnR Simpang Pulai.

RV di Petronas RnR Rawang
Bonny datang RV sahaja
First time merasa capati medan gopeng ni...memang terbaik...lembut, satu memang tak cukup la...at least kena makan dua keping baru ok....next time boleh cuba lagi ni....
Capati Medan Gopeng...terbaik!!!
Jumpa bikers dari Seri Iskandar di Capati Medan Gopeng.
Lepas settle breakfast, F800GS dan Er6f gerak balik ke KL. Tinggallah Duke dengan RT meneruskan perjalanan ke Penang. Last point kitorang di  RnR Juru, lepas tu split...Duke ke Lahar Yooi, RT ke pulau via bridge. 
Esoknya jumpa balik di RnR Juru then keluar exit Kuala Kangsar then lunch di Tasik Raban. Lepas lunch terus shoot balik KL. Cuaca panas giler, so terpaksa stop dua kali di Simpang Pulai dan Ulu Bernam untuk minum.
Dulu masa pakai er6n memamg aku pernah sekali bawak moto tu balik kampung. Wife ikut sekali...ok jer...aku rasa er6n better klu nk jalan jauh...moto lebih stabil sbb berat. KTM ni mmg boleh rasa kena tiup angin..dengan takde windshield mmg sakit gak la badan menahan angin sampai ke Penang. Lagi satu yang merisaukan aku bila nak menten high speed. Cruising sedap below 150kmsj, lebih dari tu dah mula rasa gegar kuat sangat....kebas tangan....lenguh bahu...sesekali memang aku bantai gak cecah 180kmsj tapi tak berani nak stay lama.....risau enjin tak tahan....single silinder plak tu....Tapi actually, 180kmsj jalan lurus camtu rpm still below redline, dalam 7000++ rpm (redline: 8000rpm). Aku rasa enjin boleh tahan kot, tapi rider la yang tak tahan dengan gegaran....sakit badan ooooo....hehehe....Moto rally Dakar yang diorg pakai tu pun single silinder jugak...cruising lagi la lama boleh jer tahan kan....hahaha.....
Duke ni syiok bila jalan kona-kona macam masa kat area Bukit Gantang-Terowong Menora-Ipoh,...tapi, bila jalan straight memang rasa super bosan siot....
Anyway, lepas try sekali bawak Duke balik kampung, aku rasa generally OK. Asalkan tak terlalu nak laju melebihi 150kmsj...so, kalau nak konvoi, boleh join asalkan semua setuju cruising at 150kmsj jer....hahaha....Kalau agak-agak banyak moto 'perang', moto yang 1000cc ke atas ada sekali...suruh diorang jalan dulu...nanti tunggu kat depan...takde guna nak bersaing....confirm sakit badan...
chiow.


Sampai depan rumah...selfie dulu..

My Duke depan rumah..

Besi buruk yang banyak berjasa

 Video 360deg kawasan halaman rumah yang diambil mengggunakan camera SJ4000. Not bad
Sampai rumah di KL pun selfie dulu...


Monday, April 21, 2014

Basikal Impian

Dah lebih 3 tahun aku berkecimpung dalam dunia perbasikalan....dan dah lebih dua tahun basikal Colnago Ace warna merah aku tu berjasa....aku rasa aku mcm nak beli sebijik lagi basikal la....tapi kali ni kalu boleh aku nak cari basikal yang jarang or maybe mmg takde lagi kat Malaysia...jenama KTM....reason...sebagai peminat moto KTM, memang lagi cool lah kalau aku ada basikal KTM jugak....
Recce2 dalam internet, KTM mmg ada kluarkan basikal frame carbon yang boleh kira top end jugak lah....ada dua model dgn beberapa variant...satu dipanggil Strada, satu lagi dipanggil Revelator....Strada kira entry uk carbon frame...ada bbrp variant gak....harga agak2 aku dalam 6-8 ribu kot. Ni kira based on harga dalam website kat australia lepas aku convert ke rm. Yang model Revelator plak, variant yang paling murah pun sekitar 10K...yg top end punya maybe dlam 14-15K....mahal siot...
Aku memang dah lama teringin nk beli KTM ni....tapi dulu tak byk info...lama-lama rasa tu cam pudar sikit....tapi lepas aku tgh LTDL tahun ni, masa stage Genting, yg menang tu mamat team Tabriz Petrochemical tu pakai KTM Revelator la...tu yg mai balik keinginan tu......tapi still, aku masih clueless mana nak cari basikal ni kat Malaysia.....Harap-harap tak lama lagi ada la dealer yang bawak masuk....
Chiow

Thursday, April 17, 2014

Lemang To'ki

Salam,
Lamaaaaaaaa.....sangat tak update....mungkin sebab zaman sekarang bukan musim blogging dah kot...semua syik dengan facebook, twitter, instagram, whatapps, telegram, wechat, chaton, kakaotalk dan macam-macam lagi....anyway, just nak write something to refresh blog ni.....hahaha....
For the past 2 weekends, aku kluar morning ride je....normally aku cycling, tapi sebb geng2 cycling byk yg tak available, aku tukar sekejap la ke acara riding plak...lagipun dah lama sangat KTM aku ni tak jalan-jalan...kasi dia jalan la pulak.......
Both weekends tu destinasi sama jer...Lemong To'ki Bentong.....both ride dengan geng-geng Staroba Bikers.....yg first week tu actually diorg ride ke Cherating...aku cuma join sampai Bentong je....dgn moto KTM aku tu aku malas  nk ride jauh-jauh......aku rasa aku bukan jenis long distance rider kot....aku prefer weekend short ride...esp yg by lunchtime dah boleh sampai rumah....hahaha...
Ni kira first time gak aku jejak kaki kat Lemang To'ki ni....lemang dia mmg superb.....tu sebab second week pun kitorg repeat lagi Lemang To'ki....




as usual...sblm bersurai lepak tepi tol gombak dulu
So, dah tambah satu lagi port weekend riding aku....nasik lemak bawah pokok karak, RnR Lentang, Genting Highland and now Lemang To'ki Bentong.....
Anyway, for the next few week aku nk concentrate cycling...sbb ada bbrp event yg aku perlu prepare....
OK lah....chiow dulu....

Wednesday, February 26, 2014

Soalan Pasal Duke 690

Salam...

Lama siot tak update blog ni...takpelah...dipendekan citer, baru-baru ni ada orang email aku tanya pasal KTM Duke 690...aku pun kasi lah pendapat aku....personal opinion ni...mungkin tak sama dengan orang lain...
SOALAN:
Assalamualaikum El Bodent
Saya Din dari Bt gajah Perak. Nak tanya sikit pasal motor KTM duke 690 R 2013 ni. Setakat pengalaman tuan, motor ni sesuai ke buat jalan jauh. Cadang nak guna buat long distance. Mostly highway lah.Guna untuk pergi kerja. Saya tak pernah bawak motor cc besar ni tapi dah terpaksa nak ulang alik so kena buat research sikit pasal motor ktm ni. Setakat kawan recommend motor versys yang sesuai, tapi banding berat nampak duke ni ringan sikit. Saya risau moto berat ni takut tak pandai nak control masa mencelah traffik. Macam mana dengan tahap keselesaan semasa bawak dan juga petrol. 
Maaf ye E Bodent, banyak sangat tanya. Harap dapat bantu saya. tqvm
Din
JAWAPAN AKU:
w'salam Din, 
long distance brp jauh sehari ulang alik?...klu betul2 jauh maybe tak sesuai sgt. sebenarnya sesuai ke tak sesuai tu bergantung kepada individu. ada org yg mmg penunggang tegar, boleh bwk duke sampai siam pun. apa yang saya boleh cerita berdasarkan pengalaman dan preference saya shj. lain org lain preference nya.
duke ni moto dia paling sesuai utk town ride, sbb dia punya torque/ pikap mmg kuat...pastu sgt ringan, mcm bwk tzm jer dan dia agak slim. nak menyelit waktu jalan jem mmg terbaek. mcm bwk kapcai jer....nk potong keta pun senang, pulas minyak terus pergi...saya personally mmg suka moto ni dan saya buat ulang alik gi keja. cuma, advantage saya sbb rumah dgn tempat keja dekat, dlm 10km je...dan saya duduk dlm KL (wangsa maju), ulang alik klcc, sepanjang jln mmg jem jer lah...so, duke ni mmg kena dgn kehidupan harian saya...sbb tu saya sgt suka...
kadang2 weekend saya keluar gak la dgn kawan2 gi 'breakfast ride'. selalunya kl-karak atau kl-genting highland...layan corner2 kecik mcm jln genting tu mmg terbaik moto ni, sbb kluar korner pulas minya terus di pegi.....so, weekend punya short distance /jln kampung mmg terbaek gak moto ni....
pernah bbrp kali, saya ikut gak la ride yg jauh sikit mcm loop kl-temerloh-kl ikut k.klawang....jalan tu combinasi jalan kampung + hiway. dan moto2 yg join plak mostly moto sportsbike dgn tourer masa kat hiway, mmg saya terpaksa menahan sabar, dan menahan tiupan angin je lah....‎duke top speed cuma sekitar 180-190kmsj...ada pernah org boleh cecah 200++ bergantung berat ride + modifikasi moto gak lah...setakat ni paling laju saya pernah cecah pun 190kmsj shj.....member bwk zx6 pun boleh cecah 240kmsj...so, mmg kena byk bersabar klu ikut ride jauh2...unless semua pun pakai duke jugak lah....
tapi, saya ok sbb saya mmg tanak bwk moto laju sgt, dan saya pun mmg memilih laluan klu org ajak ride weekend. klu hiway semata2 mmg saya elakkan, tapi klu ada jalan kampung baru saya join. sbb jln kampung kehebatan duke.
dari segi keselesaan plak, duke ni mmg kurang keselesaan sikit. duke mmg bergegar. sbb dia single silinder...gegaran tu kadang2 sampai kebas tangan klu tak pakai glove. gegaran tu normal sifat moto ktm org ckp...hehehe...sbb tu klu bwk jalan jauh 'sakit' sikit la...pastu, duke punya seating position tegak, dah ok, tapi sbb dia takde windshield besar, maka mmg sakit badan lah nk melawan angin...tu pun faktor kenapa kurang selesa klu nk jalan jauh...
tapi, utk tight corner, duke mmg bagus, very agile...sbb tu org ckp duke fun to ride...element fun tu mmg ada, boleh rasa power kat tayar blkg dia bila pulas minyak....
tapi pendapat saya maybe berat sebelah, sbb saya suka duke. elok jugak tanya pendpat org lain. esp yg travel jauh utk ke tempat keja....apa yg saya dgr, versys mmg moto yg terbukti sgt bagus utk travel jauh or dekat. moto tu sgt versatile, sbb tu org pakai bwk ke mekah pun...ada org pernah ckp, klu kita bwk versys, kita tak perlu nk rasa malu dgn GSA bmw. sama level. again. versys pun takde speed. dia boleh cecah 200kmsj abis pulas. ni versys 650 tau, yg versys 1000 tu level lain. versys dua silinder. lebih tahan jarak jauh berbanding duke. klu nk beli versys pun sgt2 ok...
cuma, versys berat sikitlah berbanding duke. klu jem, duke lebih 'raja' berbanding versys lah...dan klu mmg byk menempuh jem, seeloknya duke. saya pun, reason saya beli duke sbb dia ringan. dulu saya pakai er6n, enjin er6 sama je dgn versys650. lepas bbrp bulan saya bwk gi keja, saya givap...tinggal je er6 tu kat umah, naik balik kapcai. lama2 saya tukar ambik duke. puas hati...
ok, kesimpulan pendapat saya, klu nk beli moto, perkara yang paling penting kita kena define tujuan, pastu brp bajet, pastu minat dan gaya penunggangan. 3 perkara tu kita kena jelas. baru tak silap pilih. paling penting jgn terikut2 org, sbb apa yg org minat, tak semestinya sesuai dgn kita. ada org yg mmg jiwa dia rider laju, so, moto sportbike mmg kena dgn gaya dia. sstgh yg mmg kaki moto laju, dia sanggup pun bwk moto tonggek dia tu gi keja hari2...minat punya psl. ada gak org yg beli moto mmg dlm kepala nk travel masuk siam, laos, thousand corners je, maka moto tourer sgt sesuai. dan ada org yg suka moto masuk bandar, maka naked bike lebih sesuai. ada jugak yg minat moto sbb bunyik, kena ingat, bunyik moto berbeza2 ikut jenis enjin. 4 inline tak sama dgn V4 tak sama dgn inline 2 tak sama dgn V twin, tak sama dgn triple, tak sama dgn single silinder (mcm duke). cth: inline 4 bunyik vrooom vroom. klu single silinder bunyik dia braappp braapp...hehehe..
jalan2 kedai moto, buat tour sikit utk dpt feel yg mana best....oklah...harap tips ni membantu....good luck bro..
chiow,
farid


Sunday, October 27, 2013

rindukanlah versi ukulele

Ni antara lagu yang menjadi siulan aku buat masa ni.....agak tak sedap, dengar sekali cukuplah ye.....tak paksa.....hehehe



Saturday, June 8, 2013

KTM Duke 690 dan SC-Project

salam semua,
lama tak update sini, just nk tanya, sapa sini ada pakai duke690?...boleh kongsi2 pengalaman.....
aku baru gak la beli menatang duke690 ni.....mmg setakat ni aku sangat puas hati.....dulu aku pakai er6n.....pun ok.....nak compare antara dua mesin ni, mmg beza lah....lain2 kategori...dan dia bergantung pada individu preference....utk aku, KTM duke690 lebih sesuai dan 'syiok' berbanding er6n.....

mmg betul org ckp duke ni utk 'fun' riding....long distance, top speed mmg kalah la even dgn er6n....weekend turun karak mmg aku terpaksa menahan sabar dgn motor2 lain....top speed setakat ni aku pernah try dpt 185kmsj....tu pun rpm dah cecah redline....masa tu semua standard, ekzos pun stok lagi.....baru2 ni jer aku tukar pakai slip-on sc-project....tapi, slip-on tak cukup aku rasa utk duke ni...sbbb bunyi ada naik sikiiiiiiittttttt jer.....aku rasa kena buang gak la catalytic converter tu (mentang tabung yg kat bwh body tu)....so, kalau sapa2 ada pengalaman tukar ekzos duke boleh la share sikit dgn aku....nk beli akra full system....mahal sgt,,,,tak tercapai akal punya mahal......


kalau tanya aku, aku mmg kata go la for KTM duke690....esp utk town ride....pulas minyak jer terus pegi....masa mula2 aku naik, mmg rasa janggal....sbb takde rasa mcm superbike langsung....dia takde element 'berat' superbike....mmg jauh beza dgn er6 punya berat....duke ni mmg ringan beb....mcm bwk rxz jer....pastu dia tinggi...kdang2 rasa melayang2.....disebabkan tu, cilok-mencilok mmg superb moto ni.....cuma sbb dia takde 'berat', so rasa 'memecut' tu mcm takde.....tapi sebenarnya laju dah....sekali pulas minyak dan boleh cecah 100kmsj senang2 jer.....aku suka duke ni sbb dia punya character....moto ni mmg ada 'character'...kalau sapa2 yg biasa bawak moto european, mesti paham la apa character yg dimaksudkan.....moto2 jepun ni smooth...enjin lancar, kurang vibration...klu moto2 europe, vibration mesti ada...mcm ducati, mcm agusta, sama gak dgn duke, vibration kuat.....mmg kalu bwk lama2 rasa kebas tangan..... tapi benda tu kadang2 buat moto ni menarik (utk sstgh org la)....KTM ni kena layan dia agressive sikit.....takleh lembut2....kalu nk pulas minyak, pulas kuat2....baru rasa character dia...klu tak dia akan tersenguk-sengguk....bunyik enjin mcm nk pecah tu mmg standard....kdang2 dengar bunyik piston ring kuat giler...
reason lain kenapa aku suka duke....tujuan asal aku beli moto sbb nak naik hari2....aku bukan jenis org yg selalu available utk weekend ride or long distance konvoi....sbb weekend aku byk dihabiskan dgn aktiviti keluarga dan cycling....so, aku naik moto pergi balik keja jer.....cuma kdang2 klu ada masa lapang baru aku join weekend ride....so, dulu masa aku pakai er6n, aku ulang alik opis dgn er6n tu...tapi lama2 aku rasa letih siot....sbb moto tu berat....so, aku decide baik beli moto ringan sikit....so, option aku mmg duke690 lah.....690 sbb aku nk cc besar sikit since er6n pun dh 650cc.....at least aku ada la moto 'besar'....klu nk ikutkan, opis dgn rumah aku, naik kapcai lagi senang....sebelum2 ni pun aku mmg pakai kapcai yamaha SRE tahun 1997 buat gi balik opis....moto besar utk kepuasan diri la kiranya...
ramai gak tanya kenapa ambik duke690 yg harga rm48k....baik beli z800.....jawapan aku, sbb klu aku beli z800 sama mcm pakai er6n jer...end up tersadai kat rumah tak bergerak2 pun....so, z800 bukanlah solution utk ganti er6n aku dulu tu....rm48k utk duke690 ni ok....cuba tgk apa yg duke690 tawarkan....brek brembo depan belakang dgn ABS lagi.....suspensi WP, sport rim marchesini, tayar michelin pilot, fly-by-wire throttle, ada preset mode, traction control, slipper clutch, gear position meter pun ada....so, pada aku pembelian yg berbaloi kot......
so, tu jer komen daripada aku.......kesimpulan, daripada penglaman aku pakai moto setakat ni, pelajaran yg aku dapat ialah, kalau nak beli moto, tujuan kita beli tu kena jelas....sbb moto ada pelbagai jenis, dgn pelbagai character dan tujuan....kalau nk laju, belilah sportbike, klu nk touring, beli touring bike, klu nk chill2 ride, beli easy rider, kalau nk, kalau nk fun town ride, beli lah Kraftfahrzeuge Trunkenpolz Mattighofen (KTM) Duke690.......tepuk data tanya selera.....

chiow,

Wednesday, August 29, 2012

Suasana Hari Raya bersama Fiqry

as usual saban tahun, aku akan post lagu raya untuk semua...tahun ni pun ada jugak...tapi kelainan sikit pasal Fiqry pun join sekali.....enjoy.. 


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Benda ni mmg tiap2 tahun aku buat......so utk tahun ni, terimalah dua lagu cover daripada aku.....pedulikan psl suara....alah..bukan nak masuk AF pun.... harap semua dapat terhibur...nak kutuk ker nak kata apa pun aku tak kisah......janji hangpa semua bahagia.......


Jadi, di sini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam seluruh dunia....dan juga ingin memohon maaf ataas apa jua kesalahan dan dosa2 aku terhadap hangpa semua....maaf zahir batin.....

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Thursday, August 18, 2011

Aku nak beli beskal....

Ingat lepas Raya nanti, aku nk mulakan hobi baru....hobi merangkap usaha aku nak kempeskan perut......aku nak beli beskal racing......setakat la ni, model ni yg aku target....Polygon Helios 200.....aku rasa utk beginner yg ni dah ok kot.....fit my budget....
Harap2 hobi ni tak sekadar 'angat angat taik ayam'..........hehehehe

Ride Udang Galah Temerloh

Day ride ke Temerloh untuk makan udang galah dan ikan patin. Konvoi 13 bijik motor melalui Kajang-Mantin-Lenggeng-K.Klawang-Jelebu-Sg Lui-Bera-Temerloh-Karak(via LPT)-Gombak....
TERBAEKKK!!!!!

Wednesday, August 17, 2011

Ride Ikan Bakar Tasik Raban

Tasik Raban ride, July 2011...... aku follow ride ni secara tak sengaja. aku actually dalam rangka percubaan pertama balik kampung (Penang) naik moto dgn wife......since Tasik Raban, Lenggong ni dah mmg otw nk ke Penang, elok jugak lah aku follow......ada 5 bijik motor....RV kol 8.30pagi kat RnR Rawang.......
Disebabkan moto aku paling kecik, so dari RnR Rawang, aku gerak dulu......jumpa balik kat Tapah...so, aku sampai dulu Tapah...tak lama lepas tu geng2 lain pun sampai.....
Ni plak lepas tol Kuala Kangsar....sebab aku paling kecik, aku pecut la sepenuh hati...padahal org lain semua ride relex jer.....tu yg aku sampai dulu tol Kuala Kangsar....hehehe...first time mana tau depa semua nak relex2 ja....
Ni dia..sampai dah kat Restoran Ikan Bakar Tasik Raban....
Tu dia...Talapia Bakaq.....nala punya besaq......
Sebelum balik, sempat singgah rumah Bagak...member sama sekolah.......
Pemandangan Tasik Raban dari depan rumah Bagak......cun...
nah ambik.......makan semua.....
Dah kenyang apa lagi....balik la....
Aku dgn wife solo ride ke Penang....geng2 yang lain balik ke KL.........some pics courtesy of bro johari a.bakar....

chiow.......
Related Posts with Thumbnails