Thursday, April 28, 2016

Obstructive Sleep Apnea (OSA)

Hangpa dengaq betui-betui apa doktor dalam video ni habaq....


Dulu aku salah sorang yg suffer OSA (obstructive sleep apnea) ni. Asalnya tak sedar pun psl benda ni. Tak tahu pun apa benda. Mula-mula ingat sekadar benda normal. Dulu masa kat company lama memang aku selalu tertido kat opis. Tengah2 menaip pun boleh tertido. Pernah kena tegur dengan HR manager, pernah ada orang report. Dah tentu-tentu effect performance appraisal. Every morning, bangun pagi kepala 'weng' berdenyut-denyut, macam migrain. Tido lah 10 jam pun, tetap kepala berdenyut bila bangun.

Dulu aku selalu mengantuk bila drive. Even drive dari KL ke Seremban pun, selalu kena stop kat RnR Nilai sbb mengantuk. KL-Seremban dekat je kot...hahaha....Tido kat trafik light, kena hon dengan keta belakang tu perkara biasa. Terlajak, tersasar destinasi pun biasa berlaku. Tapi tu lah, masa tu tak tahu psl sleep apnea ni....

Then, sampailah satu hari, bila bos lama aku dulu, maybe dia dah tak tahan dengan masalah tido dlm opis aku ni, dia suggest.."Farid, why not you pergi buat medical check-up. Maybe masalah tido you ni is medical related"....pastu esoknya dia kasi aku satu print-out artical psl "Narcolepsy", salah satu sleeping disorder punya penyakit gak la. Dari situ baru la sedar, maybe betul. So, aku pun pegi la jumpa pakar ENT kat satu hospital ni. Buat scope masuk hidung, pastu Doc pun bagitau yg aku mmg ada OSA ni cuma tatau how severe. Dia pun suggest aku buat sleep study. Dia kasi lah contact person. Sleep study ni buat kat umah. Analyst datang rumah mlm masa nk tido, dia pasangkan segala jenis sensor/wire kat badan pastu satu data recoder kat dada. Esok pagi awal2 pagi dia datang collect balik. Sleep study ni diorg nk tgk pattern berapa kerap kita berhenti bernafas dalam tido disebabkan airway blockage tadi. Dapat result, diorg pass balik kat pakar ENT.

Dari analysis tu, doc cakap yg OSA aku ni agak above average. So ada 3 option: 
  1. Option paling murah, kuruskan badan. bila kurus , tonsil pun akan kurang gelebeh. Tonsil yg besar gelebeh ni la punca block udara masuk bila tidur. 
  2. Beli mesin CPAP yg harga 4-5ribu. pastu kena bwk ke mana2 bila tidur.leceh. mesin tu akan blow oksigen masa tidur. 
  3. Operation, kecikkan tonsil...yg ni mahal... 
Lepas tu, dalam dok pikir-pikir tu, aku try jumpa doc yg lain pulak. Reason sbb, doc yg mula tadi mcm cenderung nak suruh aku beli mesin CPAP, aku malasla beli benda tu yg tak boleh guarantee akan settle problem dan terpaksa bergantung hidup dengan mesin tu nanti...doc yg kedua yg aku jumpa ni bila aku citer balik pasal sleep study semua, dia suruh buat CT Scan plak..dia ckp lubang hidung pun ada 'tersumbat' sebb ada mcm dinding yg dah ada infection dan mengembang.. pastu sinus pun ada infection, and dia suggest buat treatment "radiotheraphy" klu tak silap utk kecikkan dinding tu so that lubang hidung besar sikit la. Disebabkan kos ditanggung company, aku setujulah buat operation tu. Ok la, lepas operate, mmg boleh la rasa byk sikit udara masuk bila bernafas. Tapi still masih ada pening2 kepala setiap kali bangun tido. Then, aku decide aku kena kuruskan sikit badan. Maka bermulalah perjalanan menguruskan badan sedikit demi sedikit. Sekarang, aku rasa better...bangun pagi lebih segar, kurang rasa letih dan mengantuk.

Tu je lah citer, panjang plak...hehehe...btw, turning point dan kesedaran pasal sleep apnea aku ni tercetus sebab my ex-Boss, Mrs. Lili Aizah . Thank you so much Boss. Really appreciate you help.

Chiow.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails