Thursday, April 28, 2016

Salam semua,
Saja nk kongsi......pagi Ahad lepas (11.10.2015), kira2 jam 4.15 pagi, KeTaM kesayangan aku telah dicurik di dalam kawasan rumah aku di Wangsa Melawati. Moto di parking di bawah porch, dikunci handle dan juga dipasang disc lock. Pencuri (tak pasti berapa ramai) telah membengkokkan pintu pagar (autogate jenis 'arm') dan dapat membuat ruang lebih kurang 2 kaki lebar, muat2 utk moto lepas. Aktiviti pencuri didengari oleh mak mertua yg kebetulan tido dekat dengan ruang tamu rumah, tetapi tidak sempat berbuat apa2 kerana pencuri sudah pun berjaya mengeluarkan moto. Sebaik lampu porch dinyalakan, si pencuri terus start moto (tatau apa kaedah dia pakai) dah memecut dengan laju. Bunyik moto telah mengejutkan aku yg sedang tido di tingkat atas. Disc lock dijumpai kira2 20m dari pagar rumah, di atas jalan. Laporan polis telah di buat.
Tujuan aku berkongsi cerita ni supaya semua rakan2 berhati2. Pencuri sekarang makin aktif.
Sekiranya ada yang ternampak moto ini, harap dapat laporkan kepada polis. Walaupun peluang untuk menjumpai semula moto kesayangan aku ini tipis, tapi tuhan itu maha berkuasa. Manalah tahu.....
Kepada si pencuri, hentikan lah kerja2 menganiaya orang macam ni. Aku cuma berdoa agar dibukakan hati dia supaya bertaubat. 
"Sapa cuti moto aku ni, aku sumpah dia mati pucuk, supaya tiada lagi zuriat2 jahat seperti ini di muka bum" - kalau lah aku boleh sumpah orang...hehehe...






Chiow.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails