Sunday, May 1, 2016

RHB Shimano Lekas Challenge 2016

Banyak benda positif yg boleh diperkatakan pasal RHB Shimano LEKAS Highway Challenge 2016 malam tadi.....
1. Ni kali ke-3 Shimano anjurkan Lekas Challenge..as expected, smooth mcm dua kali tg lepas jugak.
2. Ride tahun ni malam....sejuk, takde problem dehydration...angin malam sepoi2 mmg best.
3. Condition LEKAS Highway pun terbaik....jalan rata, takde lubang, takde masalah gangguan trafik...terrain kombinasi flat road dgn long climbing section...permukaan jalan yg rata membuatkan descending jadi lebih confident...smlm buat pertama kali aku cecah 67km/h speed...takde rasa risau...highway pun well lighted....lampu sepanjang jalan...
4. Water station superb! Air melimpah ruah, 100plus, air sejuk berlambak, pisang jenuh nk makan....dan yg paling best, first time aku jumpa event yg kasi powergel kat water station....boleh ambik camtu je...klu nk beli brp ringgit dah tu....
5. Goodie bags penuh dgn 'goodie'. Megazine, powerbar, bidon (botol air), voucher starbuck, kenny rodgers etc..
6. Registration, racekit collection smooth....everything well prepared.
7. Marshall...sepanjang jalan ada...ramai volunteers 
8. Suasana event...meriah....boleh nampak blinker kelip2 sejauh mata memandang....penuh sepanjang highway.....kat starting point pun lagu2, MC, stage cantik, cameraman banyak...bike rack pun disediakan....
9. The best part, after race refreshment....terbaik! Satay Kajang, coconut milkshake, buah2an, massage, minuman yg ambik selagi mahu...muffin kenny rodgers...starbuck pun ada...tapi kena beli...harga diskaun guna voucher dlm goodie bag yg diorg kasi....
10. Lucky draw...err tatau sgt sbb aku tak tunggu...terus balik....
Kesimpulan, event ni mmg event ride terbaik di Malaysia....aku mmg look forward utk tahun depan punya. Semalam, ride 105km terbaik aku pernah buat rasanya...3jam 15minit (on strava)...dibantu faktor malam (sejuk), byk peloton yg aku boleh drafting sepanjang jalan, road condition yg baik, descending yg laju...
Thanks Shimano!

Thursday, April 28, 2016

Salam semua,
Saja nk kongsi......pagi Ahad lepas (11.10.2015), kira2 jam 4.15 pagi, KeTaM kesayangan aku telah dicurik di dalam kawasan rumah aku di Wangsa Melawati. Moto di parking di bawah porch, dikunci handle dan juga dipasang disc lock. Pencuri (tak pasti berapa ramai) telah membengkokkan pintu pagar (autogate jenis 'arm') dan dapat membuat ruang lebih kurang 2 kaki lebar, muat2 utk moto lepas. Aktiviti pencuri didengari oleh mak mertua yg kebetulan tido dekat dengan ruang tamu rumah, tetapi tidak sempat berbuat apa2 kerana pencuri sudah pun berjaya mengeluarkan moto. Sebaik lampu porch dinyalakan, si pencuri terus start moto (tatau apa kaedah dia pakai) dah memecut dengan laju. Bunyik moto telah mengejutkan aku yg sedang tido di tingkat atas. Disc lock dijumpai kira2 20m dari pagar rumah, di atas jalan. Laporan polis telah di buat.
Tujuan aku berkongsi cerita ni supaya semua rakan2 berhati2. Pencuri sekarang makin aktif.
Sekiranya ada yang ternampak moto ini, harap dapat laporkan kepada polis. Walaupun peluang untuk menjumpai semula moto kesayangan aku ini tipis, tapi tuhan itu maha berkuasa. Manalah tahu.....
Kepada si pencuri, hentikan lah kerja2 menganiaya orang macam ni. Aku cuma berdoa agar dibukakan hati dia supaya bertaubat. 
"Sapa cuti moto aku ni, aku sumpah dia mati pucuk, supaya tiada lagi zuriat2 jahat seperti ini di muka bum" - kalau lah aku boleh sumpah orang...hehehe...






Chiow.


Obstructive Sleep Apnea (OSA)

Hangpa dengaq betui-betui apa doktor dalam video ni habaq....


Dulu aku salah sorang yg suffer OSA (obstructive sleep apnea) ni. Asalnya tak sedar pun psl benda ni. Tak tahu pun apa benda. Mula-mula ingat sekadar benda normal. Dulu masa kat company lama memang aku selalu tertido kat opis. Tengah2 menaip pun boleh tertido. Pernah kena tegur dengan HR manager, pernah ada orang report. Dah tentu-tentu effect performance appraisal. Every morning, bangun pagi kepala 'weng' berdenyut-denyut, macam migrain. Tido lah 10 jam pun, tetap kepala berdenyut bila bangun.

Dulu aku selalu mengantuk bila drive. Even drive dari KL ke Seremban pun, selalu kena stop kat RnR Nilai sbb mengantuk. KL-Seremban dekat je kot...hahaha....Tido kat trafik light, kena hon dengan keta belakang tu perkara biasa. Terlajak, tersasar destinasi pun biasa berlaku. Tapi tu lah, masa tu tak tahu psl sleep apnea ni....

Then, sampailah satu hari, bila bos lama aku dulu, maybe dia dah tak tahan dengan masalah tido dlm opis aku ni, dia suggest.."Farid, why not you pergi buat medical check-up. Maybe masalah tido you ni is medical related"....pastu esoknya dia kasi aku satu print-out artical psl "Narcolepsy", salah satu sleeping disorder punya penyakit gak la. Dari situ baru la sedar, maybe betul. So, aku pun pegi la jumpa pakar ENT kat satu hospital ni. Buat scope masuk hidung, pastu Doc pun bagitau yg aku mmg ada OSA ni cuma tatau how severe. Dia pun suggest aku buat sleep study. Dia kasi lah contact person. Sleep study ni buat kat umah. Analyst datang rumah mlm masa nk tido, dia pasangkan segala jenis sensor/wire kat badan pastu satu data recoder kat dada. Esok pagi awal2 pagi dia datang collect balik. Sleep study ni diorg nk tgk pattern berapa kerap kita berhenti bernafas dalam tido disebabkan airway blockage tadi. Dapat result, diorg pass balik kat pakar ENT.

Dari analysis tu, doc cakap yg OSA aku ni agak above average. So ada 3 option: 
  1. Option paling murah, kuruskan badan. bila kurus , tonsil pun akan kurang gelebeh. Tonsil yg besar gelebeh ni la punca block udara masuk bila tidur. 
  2. Beli mesin CPAP yg harga 4-5ribu. pastu kena bwk ke mana2 bila tidur.leceh. mesin tu akan blow oksigen masa tidur. 
  3. Operation, kecikkan tonsil...yg ni mahal... 
Lepas tu, dalam dok pikir-pikir tu, aku try jumpa doc yg lain pulak. Reason sbb, doc yg mula tadi mcm cenderung nak suruh aku beli mesin CPAP, aku malasla beli benda tu yg tak boleh guarantee akan settle problem dan terpaksa bergantung hidup dengan mesin tu nanti...doc yg kedua yg aku jumpa ni bila aku citer balik pasal sleep study semua, dia suruh buat CT Scan plak..dia ckp lubang hidung pun ada 'tersumbat' sebb ada mcm dinding yg dah ada infection dan mengembang.. pastu sinus pun ada infection, and dia suggest buat treatment "radiotheraphy" klu tak silap utk kecikkan dinding tu so that lubang hidung besar sikit la. Disebabkan kos ditanggung company, aku setujulah buat operation tu. Ok la, lepas operate, mmg boleh la rasa byk sikit udara masuk bila bernafas. Tapi still masih ada pening2 kepala setiap kali bangun tido. Then, aku decide aku kena kuruskan sikit badan. Maka bermulalah perjalanan menguruskan badan sedikit demi sedikit. Sekarang, aku rasa better...bangun pagi lebih segar, kurang rasa letih dan mengantuk.

Tu je lah citer, panjang plak...hehehe...btw, turning point dan kesedaran pasal sleep apnea aku ni tercetus sebab my ex-Boss, Mrs. Lili Aizah . Thank you so much Boss. Really appreciate you help.

Chiow.

Hati - Hati Amir Othman Ukulele Cover

hahaha.....lama betul aku tak update blog ni....saja nak 'renew lesen' so, aku post la satu video yang aku klasifikasikan sebagai percubaan berani mati. Tapi, apa la nak kisah sangant dengan cakap-cakap orang ni. Peduli kan...janji hati terhibur....heheheh....terimalah...Hati-hati....
hehehe.....chiow dulu

Monday, June 23, 2014

Duke Balik Kampung


Buat julung kalinya aku bawak balik Duke aku ke Kg Lahar Yooi, Seberang Perai, Pulau Pinang. Ni pun sebab ada member nak ride ke Penang, so aku pun ikut lah sekali...nak ride sorang-sorang cam risau takut moto rosak ke apa ker...Excited gak la aku rasa sebab nak jugak 'feel' camna bawak moto ni jalan jauh...esp ikut highway.. Dukeni paling  jauh pernah jalan pun gi Temerloh dulu, tu pun guna jalan kampung. Jalan kampung takpe sebab enjin tak perlu menten lama at high rpm....gegar pun tak terasa sangat. 
RV di Petronas RnR Rawang kol 7.30pagi. Ada 5 bijik moto semua sekali, F800GS, Er6f, Duke690, Bonneville dan RT1200. Tapi yang sorang memang datang untuk RV jer, sekadar nak panaskan enjin Bonneville dia, pastu dia balik ke KL balik. So, ada 4 bijik moto yang ride sampai Ipoh sebab nak breakfast di capati Medan Ipoh. Sebelum sampai Ipoh, singgah isi minyak siap-siap kat RnR Simpang Pulai.

RV di Petronas RnR Rawang
Bonny datang RV sahaja
First time merasa capati medan gopeng ni...memang terbaik...lembut, satu memang tak cukup la...at least kena makan dua keping baru ok....next time boleh cuba lagi ni....
Capati Medan Gopeng...terbaik!!!
Jumpa bikers dari Seri Iskandar di Capati Medan Gopeng.
Lepas settle breakfast, F800GS dan Er6f gerak balik ke KL. Tinggallah Duke dengan RT meneruskan perjalanan ke Penang. Last point kitorang di  RnR Juru, lepas tu split...Duke ke Lahar Yooi, RT ke pulau via bridge. 
Esoknya jumpa balik di RnR Juru then keluar exit Kuala Kangsar then lunch di Tasik Raban. Lepas lunch terus shoot balik KL. Cuaca panas giler, so terpaksa stop dua kali di Simpang Pulai dan Ulu Bernam untuk minum.
Dulu masa pakai er6n memamg aku pernah sekali bawak moto tu balik kampung. Wife ikut sekali...ok jer...aku rasa er6n better klu nk jalan jauh...moto lebih stabil sbb berat. KTM ni mmg boleh rasa kena tiup angin..dengan takde windshield mmg sakit gak la badan menahan angin sampai ke Penang. Lagi satu yang merisaukan aku bila nak menten high speed. Cruising sedap below 150kmsj, lebih dari tu dah mula rasa gegar kuat sangat....kebas tangan....lenguh bahu...sesekali memang aku bantai gak cecah 180kmsj tapi tak berani nak stay lama.....risau enjin tak tahan....single silinder plak tu....Tapi actually, 180kmsj jalan lurus camtu rpm still below redline, dalam 7000++ rpm (redline: 8000rpm). Aku rasa enjin boleh tahan kot, tapi rider la yang tak tahan dengan gegaran....sakit badan ooooo....hehehe....Moto rally Dakar yang diorg pakai tu pun single silinder jugak...cruising lagi la lama boleh jer tahan kan....hahaha.....
Duke ni syiok bila jalan kona-kona macam masa kat area Bukit Gantang-Terowong Menora-Ipoh,...tapi, bila jalan straight memang rasa super bosan siot....
Anyway, lepas try sekali bawak Duke balik kampung, aku rasa generally OK. Asalkan tak terlalu nak laju melebihi 150kmsj...so, kalau nak konvoi, boleh join asalkan semua setuju cruising at 150kmsj jer....hahaha....Kalau agak-agak banyak moto 'perang', moto yang 1000cc ke atas ada sekali...suruh diorang jalan dulu...nanti tunggu kat depan...takde guna nak bersaing....confirm sakit badan...
chiow.


Sampai depan rumah...selfie dulu..

My Duke depan rumah..

Besi buruk yang banyak berjasa

 Video 360deg kawasan halaman rumah yang diambil mengggunakan camera SJ4000. Not bad
Sampai rumah di KL pun selfie dulu...


Monday, April 21, 2014

Basikal Impian

Dah lebih 3 tahun aku berkecimpung dalam dunia perbasikalan....dan dah lebih dua tahun basikal Colnago Ace warna merah aku tu berjasa....aku rasa aku mcm nak beli sebijik lagi basikal la....tapi kali ni kalu boleh aku nak cari basikal yang jarang or maybe mmg takde lagi kat Malaysia...jenama KTM....reason...sebagai peminat moto KTM, memang lagi cool lah kalau aku ada basikal KTM jugak....
Recce2 dalam internet, KTM mmg ada kluarkan basikal frame carbon yang boleh kira top end jugak lah....ada dua model dgn beberapa variant...satu dipanggil Strada, satu lagi dipanggil Revelator....Strada kira entry uk carbon frame...ada bbrp variant gak....harga agak2 aku dalam 6-8 ribu kot. Ni kira based on harga dalam website kat australia lepas aku convert ke rm. Yang model Revelator plak, variant yang paling murah pun sekitar 10K...yg top end punya maybe dlam 14-15K....mahal siot...
Aku memang dah lama teringin nk beli KTM ni....tapi dulu tak byk info...lama-lama rasa tu cam pudar sikit....tapi lepas aku tgh LTDL tahun ni, masa stage Genting, yg menang tu mamat team Tabriz Petrochemical tu pakai KTM Revelator la...tu yg mai balik keinginan tu......tapi still, aku masih clueless mana nak cari basikal ni kat Malaysia.....Harap-harap tak lama lagi ada la dealer yang bawak masuk....
Chiow
Related Posts with Thumbnails