Wednesday, December 23, 2009

Char Koey Teow Paku Lima... Terbaekkk!!!!!

Char Koey Teow (CKT) .....perghh....makanan kegemaran aku.... dgr nama jer dah terlioq.... aku memang peminat CKT sampai tahap hari-hari makan CKT pun aku tak kisah kot...... walaupun aku tau CKT bukanlah makanan yg sihat... tahap kolestrol boleh tahan la tinggi..... tapi klu dah jumpa... telan ayaq lioq gak la....

Dulu dari zaman sekolah aku mmg pernah involved dgn CKT ni... sebab dulu aku tolong abang aku meniaga CKT... byk tempat aku ikut dia meniaga. Dari sejauh Sg Petani, sampai la kat sedekat simpang jalan kampung aku.....

Meniaga kat Sg Petani tu masa mula2 nak start meniaga dulu..... org ckp mula2 nak cari tapak.... time tu kira part time lagi...siang abang aku still keja.....petang lepas balik keja baru start berniaga. Jarak dari kampung aku Lahar Yooi nak ke Sg Petani tu ada la dlm 45 min ke sejam perjalanan kereta..... boleh tahan la jauh... tempat tu kat area kawasan kilang kat Bakar Arang.... customer mostly budak2 kilang kat situ jer..... seingat aku masa tu aku tolong time cuti jer kot... sbb aku still sekolah kat STAR Ipoh....

Lepas Sg Petani, abg aku pindah pulak meniaga kat Simpang Tiga Sg Dua... tumpang kedai Pak Mail sate arnab..... masa ni adik aku Aked ader tolong2 gak la... sbb aku pun time cuti jer ikut.... Tak ingat aku brp lama dia meniaga kat Sg Dua... then, dia pindah tempat sekarang, kat Simpang Tiga Lahar Yooi..

Nama gerai CKT dia ni Paku Lima Cafe... mana dia dpt nama? yg tu kena tanya dia..aku tatau. Tapi skrg ni business CKT ni dah pindah ke tangan adik aku, Duih dgn adik bongsu aku "Paksu".... diorg dua la yg run business ni.... Abg aku bukak kedai lain meniaga tom yam plak.... kedai dia tak jauh dari situ gak... lebih kurang 400m jer dari situ..... tapi resepi CKT still turun temurun dari dia.....

Tapi still la, dlm byk2 CKT yg aku makan CKT Paku Lima ni jugak lah yg terbaik..... bukanlah aku nak bias dgn family sendiri, tapi tekak aku mmg berkenan yg tu jugak..... sejak aku dok KL ni, byk jugak la aku try CKT tapi still takleh "celen" CKT Paku Lima...... aku klu nak beli CKT aku tgk camna org tu goreng.... sbb aku ada pengalaman sikit goreng CKT ni, sbb tu aku rasa cara goreng memainkan peranan utk menentukan rasa CKT......

Sedikit fakta yg aku tau berdasarkan pengalaman aku dgn CKT:
  • CKT digoreng dlm masa yg singkat... lebih kurang 20-30 saat jer utk sepinggan..... dah harus dimasak sepinggan demi sepinggan utk memastikan rasa dia tak "lari".....tal boleh goreng byk pinggan sekaligus.....
  • Goreng guna api yg besar supaya CKT tu "masak terkejut" ..... CKT tu akan rasa "hangit sikit".... klu boleh dan terre la, api terbakar dlm periuk sekali masa goreng tu.
  • Guna Koey Teow yg nipis tapi kenyal...so, tak putus masa goreng... ada feel sikit masa mengunyah..
  • "Key" utama rasa CKT adalah kicapnya... kicap CKT ni bukan kicap biasa, ia adalah kicap bancuhan yg terdiri daripada pelbagai jenis kicap dan bahan2 lain dlm sukatan tertentu...dah ini yg membezakan rasa CKT antara satu sama lain....selalunya resepi kicap ni adalah rahsia si pembuat CKT...
  • Satu lagi ramuan penting CKT adalah cabai mesin..... walaupun chili boh yg beli kat kedai pun boleh pakai, tapi rasanya tak best sgt..... bagus buat sendiri jer..... mesin cili kering pastu rebus....tambah garam sikit klu tak silap....
  • Bahan2 lain mcm udang, kuchai, taugeh, kerang adalah bahan2 biasa jer.....
Tu lah serba sedikit yg aku tau pasal CKT.... dulu aku boleh goreng CKT ni.. klu sekarang skill dah hilang.... kena practise dulu la klu nak try......

Gambar kat bawah ni mmg gambar sebenar CKT Paku Lima... aku ambik masa aku balik kampung hari tu.... perghhhh....terlioq... Harga tak mahal....cuma RM3 sepinggan...


Gerai CKT Paku Lima adik aku ni terletak kat Simpang Tiga Lahar Yooi, Seberang Perai Utara, Pulau Pinag.... Gerai tu bawah pokok, betul2 dekat simpang, ada treffic light, tepi jalan nak ke Kepala Batas ... berdepan dengan gerai tu ada tembok penanda kampung tertulis " jumpa dah Lahar Yooi' ....hehehe...... Gerai tu gerai kampung jer... selain CKT, makanan2 lain pun ada jual gak mcm mee kuah, nasi goreng dsbnya...... kat bawah ni aku kasi map kot2 korang nak try pergi...

Ni lah tembok tu...hehehe...kelakar ..."jumpa dah Lahar Yooi".... ni dah jadi cam mercu tanda keunikan kampung aku la...... Gerai Paku Lima tu berdepan, seberang jalan dgn tembok ni....


Ni gambar gerai CKT Paku Lima tu.... time ni hari ahad gerai tu tutup......


Kalau tak jumpa boleh la try call adik aku, Mohd Firdaus...012-4343703.... Selain tu, kalau sapa2 nak try bukak business CKT pun boleh bincang dgn dia.... kalau nak supply kicap utk CKT pun boleh try contact abg aku, Mohd Saad...013-5901058....bincang dengan dia...... ada gak la beberapa org business CKT beli kicap dari dia.......

Selalunya, aku buat open house hari raya, aku jemput dia gorang CKT kat rumah aku... cuma tahun ni tak dpt sebb, aku baru pindah rumah.... hari tu sblm pindah ada renovate sikit. Insyallah, klu ader rezeki, nanti aku buat house warming aku jemput dia goreng lagi.....

So, klu korang berkesempatan gi Penang ker, try la pekena Char Koey Teow Paku Lima......."TERBAIKKK!!!... HABAQ HANG"

Chiow...

2 comments:

  1. sakit jiwa aku tgk entry nih!!!! selalu aku makan mali char kuew teow tapi kat kl la, skang aku layan CKT kat Gulam mee kota damansara, sume ni asal penang nyer tapi dah bukak branch kat KL. eh ko suh la adik ko bukak ka KL satu?

    ReplyDelete
  2. mali aku dah try...tapi tak berapa kena dgn tekak aku....dah la kena beratur panjang..gulam mee aku blum cuba..... bukak kat KL?...mmm kena la dia pindah KL... susah sikit kot.... dia mana boleh tinggal mak aku.....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails