Friday, August 13, 2010

Batch of 36: Futsal North vs South - 1st Round

  • Tarikh : 7 August 2010
  • Masa : 9 - 11 pagi
  • Venue : DeStadium Futsal, SS19 Subang - melilau jugak aku nak cari tempat ni.

KEHADIRAN: (mengikut rumah sukan)

Green
  1. Awie (Azri)
  2. Megat - dtg memberi sokongan
  3. Ajib
  4. McSecx
  5. Stone - walaupun injured
Blue
  1. Mutiang - masih seperti dulu
  2. Sam - pun seperti dulu jugak....
Black
  1. Sadao
  2. Bedah - errr kejap main North kejap main South confuse aku....
  3. Ijat - mastermind penyatuan team North
  4. Lan - datang bersama keluarga....
Red
  1. Joe "azman" Hidayat
  2. Prai - best goalkeeper...
  3. Ezham
White
  1. Opec - venue organiser
  2. Kat - dia claim dia tinggi sikit dari aku...piiiirahhhh....dgn mutiang maybe la...
  3. Robot - dan mula nampak kesan penuaan...start jogging balik....
  4. Adipeque - masih seperti dulu....makan byk sikit la...
  5. Padoli - berseri2 lepas dah kawin ni....
  6. Pakcik Hezerie aka kambing..
Yellow
  1. Derex - still lincah
  2. Bodent - Obesity is the exact word to describe him

Seramai 22 orang budak batch dapat dikumpul hari tu termasuklah muka2 yg dah agak lama aku tak jumpa in person (kat FB selalu jer jumpa) Awee (Norazri) dan Pakcik Hezerie. Satu permulaan yg baik...Permainan berlangsung dgn meriah sekali, penuh dgn gelak tawa hilai gembira kawan2 yg masing2 mengutuk masing2 setelah sekian lama tak kutuk.....biasa yg jadi mangsa...mesti2 la mereka2 yg menunjukkan perubahan fizikal.....aku semestinya lah kan....tapi aku tak kisah...demi "erti persahabatan"....(sila pasang lagu "erti persahabatan - metalian utk menaikkan lagi mood)....Seronok jumpa kawan2 lama......

Perlawanan berlangsung dgn penuh meriah....dgn penuh semangat. Beberapa minggu sebelum kejohanan, dlm blackberry group (BBM Group) batch kita yg rata2 dimonopoli budak2 South...diramalkan yg South akan menang.....dan ramalan diperkuatkan lagi oleh Bedah (salah sorg ahli bbm group) yg "berada di atas pagar" North ke South...confuse....pelbagai provokasi telah dibuat dlm bbm group esp oleh Katik, Opec, Robot, Arip, Joe 'Azman", Anuar Reza, Bagak dan termasuklah aku....menyebabkan Ijat, Tonggek dan Debab panas telinga.....Bedah aku tak sure panas ker tak sbb dia 'atas pagar'...hehehehe.... Kepanasan telinga Ijat telah menyebabkan beliau bertindak menggempur budak2 North utk bangun menentang budak2 South....gempuran ternyata berhasil....

Selain perlawanan North South, ader gak la beberapa perlawanan pemanas badan.....Opec Del Piero telah membawa2 team gadis2 Sime Darby nya untuk memanaskan pemain2.... supaya cukup panas ketika perlawanan North South berlangsung....keputusan sure la menang kan, score tak kira plak....

Di samping itu Kecik (Azmir) Batch of 40, batch F1 time kita F5 juga telah mengoffer utk membawa rakan2 sebatchnya untk friendli dgn batch kita.....mungkin depa saja nak 'balas dendam" sebab kena "collect" masa kat STAR dulu....dan sebagai batch yg hebat, kita menerima pelawaan mereka itu dgn tangan terbuka....sbb game tu friendly jer kan, aku pun mls nak ingat berapa score dia.....(org 20-an lawan 30-an, paham2 la kan)...tu semua acara selingan jer....tak penting.....Yg lebih penting Batch of 36 North vs South....dan keputusannya.....

KEPUTUSAN: jeng...jeng...jeng....
  • Game 1: North 2 - 2 South
  • Game 2: North 3 - 6 South
  • Game 3: North 7 - 3 South
  • OVERALL Goal: North 12 - 11 South - (eleh satu goal jer pun)
By Point:
  • North (1 win, 1 draw, 1 lost) = 4 pts
  • South (1 win, 1 draw, 1 lost) = 4 pt
Disebabkan North scored 1 goal lebih, maka utk Pusingan Pertama (1st Battle) NORTH diisytiharkan Pemenang.......

(*keputusan telah diaudit oleh internal auditor Ijat & Prai)....

Selepas futsal tamat, diadakan pula sessi berjamming selama 3 jam tanpa henti...Laporannya akan menyusul nanti....

Tu jerlah laporan dari aku, kita jumpa lagi 2 bulan dari sekarang utk perlawanan pusingan kedua. Details TBA....tunggu.... Harap ramai lagi yg dapat turun....

Sedikit gambar utk dikongsi..............

North vs South Futsal
North vs South Futsal
North vs South Futsal
North vs South FutsalNorth vs South Futsal
North vs South FutsalNorth vs South FutsalNorth vs South FutsalNorth vs South FutsalNorth vs South FutsalNorth vs South FutsalNorth vs South FutsalNorth vs South Futsal
North vs South Futsal

SELAMAT BERPUASA....

Chiow..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails