Beginilah rupa rumah aku yg baru direnovasi "sebelum dan selepas". Banyak gak perubahan yg dibuat. Almaklumlah, rumah ni rumah lama... Dah 15 tahun lebih, pastu pulak dah dekat 4 tahun ditinggalkan tanpa penghuni..... so, paham2 la mcm mana keadaan asal dia kan..... Keseluruhan proses renovation ambik masa 72 hari, dari bulan Oct sampai Dec 09. Generally, takde byk melibatkan perubahan structure besar. Rumah ni asalnya owner lama dah ader renovate sikit la mcm kitchen dah extent sampai belakang (bahagian bawah sajer), gate depan dan dilebarkan, lantai porch dah ader tile dan ruang tamu dan dining asal pun dah ader plaster ceiling. Tapi, semua dah agak usang dan buruk la....So, alang2 nak repair, repair jer lah satu rumah.
Kebykan kerja melibatkan baikpulih. Paip air buat baru, repair wiring, tukar tiling, plaster ceiling, tukar frame dan tingkap, repair pintu dan cat seluruh rumah balik. Ader la sikit keja hacking and building kat area kitchen dgn porch. Kat kitchen kitorng pindah bilik air (dari tengah ke tepi), pecah dinding2 dapur kasi nampak luas sikit dgn buat concrete table top. Kat Porch pulak, buat bumbung porch, tukar tiles lantai dgn tembok gate, pasang gate baru dgn autogate pastu ader extention living area dlm 5 kaki ke depan, tukar sliding door jadi pintu and tukar pintu asal jadi tingkap. Basically tu la perubahan yg dah jadi. Plan asal bukan camtu.....jauh bezanya dgn plan asal..... ni semua gara-gara apa yg kita panggil" Teori Alang-alang"....alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.....
Plan asal cuma nak tukar piping baru, repair wiring, cat, renovate area kitchen dgn tukar lantai atas dari parquet ke tiles jer. Takde dlm plan nak buat plaster ceiling, extent living area, tukar tingkap, jauh sekali la nak buat porch, autogate dll. Ni semua gara2 "alang2" la ni..."Alang-alang nak buat ni..buat ni la sekali, nanti tak payah susah" dah......"klu dah masuk barang2 baru nak buat, byk keja nanti"......pastu contractor plak "ni klu buat lain kali harga jadi mahal sikit la"....tu semua la ayat2 yg "membunuh".....hehehehe.... anyway, ada kebenarannya jugak la.... sebelum masuk, better siapkan semua dulu..... baru boleh duduk dgn selesa..... tapi tu lah, akibatnya "poket" yg merana.....tahan jer lah....
Ni 2 bilik tidur tingkat atas. Asalnya lantai parquet, takde plaster ceiling dan tingkap jenis nako. Kitorng tukar tingkap jenis 2 panel, tukar ke porcelain tile 2x2, buat plaster ceiling dan cat balik. Dalam kedua-dua bilik ni dulunya ada built-in wardrobe jenis plywood. Tapi sebb wardrobe tu besar sgt sedangkan bilik ni kecik jer, so kitorng buang wardrobe tu..

Yg ni pulak built-in wardrobe dalam master bedroom. Yg lama tu guna material plywood. So, kitorg tukar, buat baru guna melamine abs, kedudukan & saiz semua sama jer. Tukar meterial jer

Built-in wardobe ni pun sama. Asalnya plywood, kitorg tukar melamine board dgn sliding door....yg lama tu ok lagi cuma ader satu pintu dia dah hilang....so, tukar jer lah..alang2....
Ni keadaan bilik tingkat bawah. Asalnya area ni kitchen, tapi owner lama dah convert jadi bilik tidur. Maybe sebab area ni lebih besar dari bilik maid sebelahnya. So, yg bilik maid asal dia tukar jadi kitchen sebb dia extent kawasan belakang sekali , so jadi besar sikit la kitchen tu. Masa kitorg beli bilik bawah ni dinding dia ader tiles (sebb asalnya kitchen kan)... tapi, owner lama tu alas tiles dinding tu dgn plywood.... tatau apasal.. Kitorang remain bilik ni and jadikan bilik tetamu.... plywood tu bukak, buang tiles, plaster balik dinding tu dan cat balik. Tingkap asal dia di pindahkan ke bahagian tepi sbb ruang belakng tingkap asal tu jadi tempat utk washing machine. Lantai bilik ni lantai asal, tak tukar, cuma pasang skirting jer.
Yg ni pulak dining area. Tak byk perubahan, cuma pasang downlight, polish balik lantai fractured marble tu dan cat.
Ni kawasan entrance ke bilik bawah (sblh kanan) dgn kitchen (sblh kiri). Pintu bilik tu tukar jadi bukak sblh dlm dan dicat warna putih.
Ni lah rupa bahagian depan rumah. Dulu ada sliding door, tapi kitorng extent dlm 5 kaki, pastu tukar guna pintu kayu. Cermin tempered glass tu kira personal interest aku... nak nampak moden kononnya.

Asalnya ni lah pintu utama, tapi sebab pintu dah pindah ke tempat sliding door, pintu ni convert jadi tingkap.
Ni kitchen. Asalnya bilik air kat tgh2 (sblh dinding tu). Bilik air dlm rumah, pengudaraan pun dlm rumah...dok plak tgh2 rumah...cam tak sesuai...sbb tu kitorg pindahkan bilik air ketepi..... pengudaraan pun ke luar....takde la ader bau2 yg tak menyenangkan masuk dlm rumah....

Pemandangan kitchen dari depan pintu masuk kitchen... asalnya dulu ni bilik maid, tapi owner lama dah buat kitchen tapi nampak smpit sebb bilik air dia tak ubah, still dok tgh2... kitorg pecahkan dinding2 yg tak berkenaan, kasi nampak luas sikit.... buat concrete top, pastu install kitchen cabinet.... pintu cabinet tu guna glass coated.... mulanya ingat nak guna acrylic tapi lepas bincang2 dgn org kitchen cabinet baik buruk acrylic, glass coated dgn vinyl...kitorg decided ambik glass lah....sbb susah calar walaupun senang pecah.... insyallah klu tak slam kuat2, tak pecah kot....
Ni lah rupa asal rumah. Masa belum beli ke lepas siap renovate. Bumbung porch tu agak rendah, tapi still la boleh masuk MPV tinggi mcm Naza Ria. Actually, takleh nak buat apa sbb rumah ni mmg beam rendah...mmg rumah lama design cam tu kot. Contractor ader suggest buat bumbung concrete slab, tapi aku tak nak sbb byk dgr citer org buat concrete slab klu hujan air bocor klu tk buat water proofing betul2... so, better buat bumbung tiles jer lah.... Autogate ni asalnya takde dlm perancangan...tapi...mmm..sbb "teori alang-alang"...buat jugak lah.....
Ok lah... tu serba sedikit psl renovation rumah aku...... Secara amnya, renovation ni lebih kepada kerja2 repair jer, .... tak byk melibatkaan cosmetic work.... maybe next time...insyallah klu ader rezeki lebih........
chiow....