Friday, September 25, 2009

Antik

Masa hari raya kedua hari tu, kitorang satu family besar (parent & bro in law) sama-sama beraya ke rumah kawan bapak mertua aku kat Seremban. Kitorg panggil dia Abg Zul. Dia ni arkitek yg sgt minat dgn benda2 antik. Aku dah beberapa kali dah gi rumah dia. Masa first time aku pegi, aku kagum la.... rumah dia unik.. ader ciri2 estetika tersendiri...yer lah dia kan arkitek.. mesti dia paham value2 senibina ni.... Rumah dia tu banglo setingkat berbentuk L. Aku mmg suka rumah bentuk L....walaupun takde la luas or besar sgt, tapi menarik..unik dan tersendiri......

Lanskap depan rumah byk pokok-pokok....mmg nampak natural... depan pintu masuk rumah dia ader satu basikal posmen warna merah dgn sebuah Vespa Serine lama warna biru... masuk jer dlm rumah mmg penuh sarat dgn barang2 antik... dia mmg collector, boleh jumpa radio2 transistor lama, kipas angin lama, brg2 tembaga, telefon lama, almari2 lama, topi zaman koloni, gambar2 lama, lampu gasoline, kamera lama ...mcm2 la... barg2 lama bukan jer kita simpan sbb dia dah takde dikeluarkan lagi...tapi dia lebih kepada nak kasi kenangan utk kita dah selalunya brg2 antik ni ader cerita dia yg tersendiri...tu yg tambah value sesuatu brg antik tu...aku actually ader gak psg niat nak kumpul brg2 kenangan ni...tapi lebih kepada koleksi brg2 peribadi aku....plan aku, insyallah, klu aku ader rezeki lebih, aku nak dedicatekan satu bilik dlm rumah aku (provided rumah besar and byk bilik la) sebagai muzium keluarga....aku nak simpan smua vintage2 aku dan keluarga dari kecik sampai besar.....nak simpan brg2 lama ni kena betul2 choosy sikit...sbb klu tak end up jadi sampah dlm rumah jer kan.......lagi satu kena rajin bersihkan...klu tak jadi perangkap habuk la jawabnya... buat masa ni mslh utama nak simpan brg2 lama ni storage la....rumah pun kecik kan.....tu la dilemma......buat masa ni yg still boleh simpan mungkin gambar2 lama la...scankan ...buat soft copy....in case klu hard copy hilang.....

Oklah...ni lah serba sedikit gambar2 koleksi barang2 antik Abg Zul yg aku snap hari tu..........


Basikal Posmen



Vespa Serine



Koleksi radio transistor lama


Kipas meja brand Toshiba


Telefon lama...masih J&T (Jabatan Telekom)


Topi zaman kolonial


Jam dinding lama


Camera Yashica..



Kad Pengenalan P Ramlee


Meja ni takde paku..hanya tanggam dan selak jer....


almari dan pinggan mangkuk lama..


Lampu Gasoline yang dah diconvert jadi lampu elektrik


Sangkar burung


Kukur kelapa


Ni lah Abg Zul...tuan punya rumah....

Dua barang kat bawah ni, Gramophone dgn bakul makanan ni bukan lah koleksi Abg Zul, tapi aku jumpa benda ni kat umah sepupu wife aku Kak Ani....tapi pada hari yg sama jugak la.....




Ader byk lagi gambar...cam biasa tgk la kat flickr aku.....oklah...setakat ni dulu....

Jumpa lagi...


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails